Berilah Teguran, Sebagai Satu Jihad Manusia mudah nampak keburukan seseorang tetapi kurang peka dengan kebaikan yang ditunjukkan. Sebab itulah ibu bapa lebih banyak menegur, memarahi dan menasihati kesilapan anak-anak mereka berbanding memuji kebaikan-kebaikan mereka. Seorang ketua lebih kerap menegur orang bawahannya berbanding memuji kebaikan yang ada. Seorang sahabat bermasam muka dengan kesilapan sahabatnya dan lupa kebaikan-kebaikan yang dicurahkan selama ini. Kalau kita mahu lahirkan seorang insan cemerlang sama ada dia seorang anak, rakan mahukan orang bawahan maka kita perlu suburkan kebaikan dalam diri mereka. Salah satu cara menyuburkan kebaikan ialah dengan memuji kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan agar mereka seronok mengulangi lagi kebaikan ini dilain masa. Berikut adalah cara memuji yang berkesan: 1. Disegerakan Pujian mestilah disegerakan dan paling berkesan ialah ketika s...