Posts

BAHAYA TERBESAR

Bismillahirahmanirrahim... Sedikit takzkirah dan renungan yang di kongsikan oleh ustaz Naim... Bahaya Terbesar 1) Tahukah apa itu bahaya terbesar? Ia adalah sesuatu yang menjadi sebab timbulnya permusuhan dan perpecahan serta menghancurkan persatuan dan jiwa saling tolong menolong dalam tubuh umat. Ia benar benar merupakan musuh terbesar kita, iaitu nafsu yang ada dalam diri kita!. 2) Kerana itu Islam datang untuk mendidik dan menggembleng hawa nafsu agar ia mahu tunduk patuh dengan penanggalan keegoan, kesombongan dan keterikatan dengan segala bentuk perhiasan dunia dan masuk ke dalam mihrab kehambaan kepada Allah SWT secara rela meski pada awalnya begitu perit di dalam pertarungan. 3) Lalu demikian, terbentuklah jalinan yang kuat yang hakiki diantara jiwa yang kuat dan berserah diri kepada Allah SWT sehingga wujudnya kaum muslimin yang tolong menolong serta menutup celah permusuhan, kebencian, kedengkian di antara mereka. 4) Namun sekiranya jiwa tidak mempunyai usaha dan kesabaran da...

Sombongkah Aku

Alhamdulillah, satu ungkapkan atau peringatan sebagai renungan untuk memperbaiki diri yang serba dhaif...  Kita diberi rezeki bangun berqiyamulail, maka bersyukurlah, tapi jangan dipandang rendah orang yang tidur, kerana dia mungkin tidur dengan air mata taubat dan penyesalan. Kita diberi rezeki gagah berpuasa sunat, maka bersyukurlah, tapi jangan pandang rendah insan yang belum mampu istiqamah berpuasa sunat, siapa tahu pahala sedekah secara sembunyinya diangkat ke langit. Kita diberi rezeki mampu khatam quran sebulan sekali, maka bersyukurlah, namun jangan diejek², disindir insan yang masih merangkak² dengan muqaddamnya. Siapa tahu Allah lebih mencintainya yang istiqamah belajar mengaji dengan segala kepayahannya. Kita diberi rezeki dengan harta dunia dan mampu bersedekah jariah, maka bersyukurlah, namun jangan dihina si miskin yang tidak mampu memberi kerana kekurangannya. Mana tahu mulutnya tidak berhenti berzikir menjadi pahala sedekahnya. Kita direzekikan lahir dari keluarga ...
Alhamdulillah,  sedikit nasihat buat diri yg serba kekurangan..yang baik itu datangnya dari Allah, yang x baik itu datangnya dari kelemahahan diri kita sendiri..Allahuakbar,  Allah maha besar yang berkehendakkan kebaikan dalam diri yang serba kekurangan...

HAMBAR

Image
Pada hari ini aku memang xder mood...xtau kenapa..rasa lemah, letih tidak bermaya dan macam - macam lagi bersarang dalam jiwa ini. Aduh...kenapa ya? Nampak gayanya bukan senang nak memotivasikan diri sendiri ni..macam - macam halangan dan rintangan. " bukan senang nak jadi senang " kata seorang kawan kepadaku.. Aku akur..walaubagaiamapun aku kene berusaha untuk menjadi seseorang lebih bermotivasi...SEMANGAT KIAH...hahaahaa ( 4.4.17 )

Cahaya Ketinggian

Image
BERUK Sebuah cerpen yang tidak asing bagi guru - guru pelatih yang mengikuti program Bina Insan Guru. Aku juga tidak terlepas daripada cerpen ini. Bayangkanlah setelah penat lelah mendayung rakit buatan sendiri, kami dihimpunkan di dalam sebuah dewan. En Aznan membuat ulasan berkaitan aktiviti yang kami telah laksanakan sepanjang hari tersebut. Kisah BERUK ini dibacakan dengan penuh semangat dan perasaan. Tanpa ku sedari air mataku berlari laju berlumba - lumba turun dari kolam air masin. Ikutilah sebahagian cerita ini.  Beruk! Pukul lapan tiga puluh minit masing-masing masuk bertugas. Cikgu Sunan masuk ke dalam darjahnya, darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh murid-murid bangun. Masing-masing bangun, tapi sama seperti berbaris tadi. Malas. Cikgu Sunan tidak ambil pusing hal itu. Separuh masa sudah berlalu. Cikgu Sunan membuat soalan kira-kira yang lain. Tiba-tiba seorang murid masuk senyap-senyap dan duduk di bangku paling belakang. Dia terlewat datang. Cik...
Image
Coretan Pasukan Kompang SMKBU...             Bermula dari seorang tidak tahu apa2 pasal kompang akhirnya, berjaya juga saya menubuhkan pasukan kompang SMKBU..Memang sukar dipercayai, macam mustahil tapi itu la realitinya..mengkaji dan mencari maklumat yg berkaitan dengan alat tersebut menjadi matlamat saya..tanpa disedari sy terus bergiat aktif dengan pasukan ini...bukan cikgu yang mengajar murid, tapi murid yang mengajar cikgu...macam Kelakar tapi itulah realitinya...sambung...
Image
posted by  Noraini Bidin   at  03:09 :http://haniemirae.blogspot.com/2013/01/masalah-disiplin-pelajar.html MASALAH DISIPLIN PELAJAR Isu pelajar bermasalah disiplin bukanlah isu yang baru di negara kita malah isu ini setiap hari kita boleh lihat di akhbar-akhbar dan televisyen tentang masalah disiplin pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, buli, vandalisme, gangsterisme, mencederakan cikgu, dan masalah-masalah lain yang semakin meningkat. Menurut kamus dewan edisi kedua, disiplin boleh didefinikan sebagai perlakuan untuk melatih seseorang berkelakuan baik. Bagi pelajar yang tidak berdisiplin boleh dikatakan perlakuan yang tidak baik yang dilakukan oleh seseorang. Disiplin berkait rapat dengan tatatertib, tatasusila, peradaban akhlak, kesopanan, bersifat rasional, keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang megikut peraturan yang diterima oleh masyarakat, negara dan agama. Terdapat beberapa punca berlakunya masalah disiplin pelajar antaranya berpunca dar...